Be part of the Global Halal Community. Join Now! | Download Centre

Program GO! HALAL (Bahasa Malaysia)

Program Go-Halal

Pengenalan


Makanan merupakan salah satu aspek utama kehidupan. Tanpa makanan, manusia tidak dapat membesar dengan sihat dan bertenaga. Makanan halal merupakan perkara wajib yang perlu diketahui bagi setiap lapisan masyarakat. Berasaskan makanan halal dan toyyiban, manusia akan membesar dalam persekitaran yang baik dan sihat.

Oleh yang demikian, kesedaran halal perlu dipupuk dan disemai daripada peringkat permulaan persekolahan sehinggalah ke peringkat dewasa. Usaha ini bertujuan memastikan konsep halalan toyyiban difahami dan dipraktiskan sebagai cara hidup.

Dapatan menunjukkan bahawa rendahnya kesedaran halal disebabkan oleh kekurangan pendedahan tentang konsep halalan toyyiban yang sebenar. Pelbagai polemik semasa berlaku seperti penyelewengan dalam penyembelihan, penyalahgunaan logo halal, penipuan produk dan seumpamanya.

Justeru, program kesedaran ini memberikan penerangan dan penjelasan mengenai konsep halalan toyyiban berlandaskan Syarak serta mematuhi standard MS 1500 : 2009. Selain itu, program ini mampu memupuk sikap dan nilai-nilai murni seperti mementingkan kebersihan, keselamatan makanan dan seumpamanya.

Objektif

Antara objektif program ini ialah :

Melahirkan peserta program yang dapat menerap, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
  murni dan menjadi contoh kepada komuniti dan masyarakat setempat selaras dengan Pelan
  Integriti Nasional (P.I.N).
   
Memberi kesedaran kepada masyarakat awam khususnya dikalangan pelajar sekolah dan
  pihak industri tentang seriusnya kerajaan menangani isu halal dengan melaksanakan road
  show halal  di seluruh negara.
   
Kesinambungan terhadap usaha kerajaan untuk merialialisasikan Garis Panduan Halal iaitu
  MS 1500 : 2009.
   
Mengutarakan pendedahan berkaitan kepentingan konsep halalan tayyiban difahami serta
  dipraktis sebagai cara hidup.
   
Menjelaskan isu-isu halal terutama berkaitan barangan gunaan harian.
   

Sasaran peserta

Pelajar sekolah rendah atau menengah.
   
Belia/pelajar institusi, universiti, kolej dan sebagainya.
   
Pihak industri kecil dan sederhana.
   
Orang awam.
   
(Peserta disediakan oleh pihak penganjur dan jumlah peserta adalah tidak terhad)


Tempoh seminar

• 2 jam


Penceramah

Penceramah adalah terdiri daripada mereka yang berpengetahuan luas dalam Halal samaada
  daripada pihak HDC atau yang dilantik oleh HDC.


Kemudahan

Kemudahan seminar seperti dewan, kerusi, pembesar suara dan projektor disediakan oleh
  pihak penganjur.


Gambar-Gambar  Aktiviti Program Go! Halal

 
     
 

 

 

mygovMITIMOFJAKIMMIDAmatrademidfSMECorpSMEInfoMPCinskenSME Bankhdc