{"id":24587,"date":"2020-10-06T22:38:12","date_gmt":"2020-10-06T14:38:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.hdcglobal.com\/2020\/10\/firma-jepun-jadikan-malaysia-gerbang-pasaran-halal\/"},"modified":"2020-10-14T22:42:30","modified_gmt":"2020-10-14T14:42:30","slug":"firma-jepun-jadikan-malaysia-gerbang-pasaran-halal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/2020\/10\/06\/firma-jepun-jadikan-malaysia-gerbang-pasaran-halal\/","title":{"rendered":"Firma Jepun jadikan Malaysia gerbang pasaran halal"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Jepun akan menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk dalam pemasaran produk halal ke pasaran global berikutan kredibiliti serta kemampuan negara ini membangunkan industri berkenaan.<\/p>\n<p>Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka, berkata Malaysia berpotensi menjadi hab pemasaran serta lokasi bagi syarikat Jepun dalam menjalankan perniagaan dan pelaburan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, dengan adanya pembangunan halal yang menyeluruh di Malaysia, perdagangan dua hala antara Jepun dan Malaysia akan terus dapat dipertingkatkan lagi.<\/p>\n<p>&#8220;Malaysia menjadi pintu masuk kepada firma Jepun untuk menembusi pasaran halal global. Dengan adanya pembangunan dan infrastruktur halal yang menyeluruh, lebih banyak pelaburan langsung asing dapat ditarik.<\/p>\n<p>&#8220;Ini kerana, firma Jepun sentiasa mencari lokasi pelaburan strategik dan Malaysia adalah salah satu daripadanya. Malah, industri halal juga menjadi semakin penting pasca pandemik COVID-19 ini kerana halal sentiasa memastikan kualiti, keselamatan dan kebersihan yang tinggi dalam setiap produk.<\/p>\n<p>&#8220;Produk halal Malaysia juga mempunyai pasaran yang besar di Jepun. Nilai pasaran halal di Jepun kini juga meningkat dua kali ganda berbanding beberapa tahun yang lalu,&#8221; katanya ketika ditemui di Persidangan Halal Sedunia (WHC2020) di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Oka berkata, perdagangan antara Malaysia dan Jepun ketika ini bernilai RM129 bilion dan jumlah ini dapat dipertingkatkan jika produk halal meningkatkan kuantiti dan perkhidmatannya.<\/p>\n<p>Jepun juga, katanya menjalin beberapa kerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan di Malaysia dalam meningkatkan serta meninjau pasaran halal di kedua-dua negara.<\/p>\n<p>&#8220;Ini membuktikan Jepun serius dalam menyokong industri halal. Malah Jepun juga sudah merangka serta melaksanakan infrastruktur yang berkaitan bagi menyesuaikan dengan peningkatan permintaan halal,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Oka berkata, antara topik yang menjadi tumpuan ketika ini adalah dalam penyediaan vaksin halal, di mana Jepun juga ketika ini sedang dalam pembangunan vaksin COVID-19.<\/p>\n<p>Walaupun pembangunan vaksin COVID-19 di Jepun masih di peringkat kajian, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan vaksin berkenaan mempunyai status halal.<\/p>\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/bisnes\/lain-lain\/2020\/10\/739062\/firma-jepun-jadikan-malaysia-gerbang-pasaran-halal\">Berita Harian<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Jepun akan menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk dalam pemasaran produk halal ke pasaran global berikutan kredibiliti serta kemampuan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":24585,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_FSMCFIC_featured_image_caption":"Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka - Foto NSTP","_FSMCFIC_featured_image_nocaption":null,"_FSMCFIC_featured_image_hide":null,"footnotes":""},"categories":[77],"tags":[],"class_list":["post-24587","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news-ms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24587","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24587"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24587\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24588,"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24587\/revisions\/24588"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24585"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24587"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24587"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hdcglobal.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24587"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}