News

HDC, MATRADE meterai MoU mudahkan produk halal Malaysia dieksport ke China

KUALA LUMPUR, 8 September – Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan HYT Cross Border Sdn Bhd untuk memudahkan produk halal Malaysia dieksport ke China.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari berkata kerjasama itu membolehkan platform bersepadu halal (HIP) dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) melaksanakan eksport e-dagang merentas sempadan.

“Dan kita mengharapkan melalui MoU yang ditandatangani pada hari ini, kita dapat meningkatkan lagi eksoprt halal Malaysia ke negara China kerana negara China merupakan destinasi eksport bagi produk-produk halal Malaysia yang utama. Pada tahun lepas sahaja eksport halal ke negara China hampir mencecah RM6 billion dan kita mengharapkan peningkatan daripada usaha sama yang dilaksanakan pada hari ini,” kata beliau kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

China telah mengatasi Singapura sebagai destinasi eksport terbesar Malaysia pada tahun 2021 dengan eksport masing-masing bernilai RM4.6 bilion dan RM3.7 bilion diikuti Jepun, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Source : Berita RTM