Program Intervensi OKU merupakan sebuah program bantuan dana khusus untuk komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) melibatkan dua (2) kategori permohonan: (1) Usahawan OKU yang memiliki perniagaan di dalam industri Halal; atau (2) Individu OKU yang berminat dan mempunyai iltizam kuat untuk memulakan perniagaan di dalam industri Halal.

Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan dan memudahcara penyertaan komuniti OKU ke dalam ekonomi Halal di Malaysia.

Peserta-peserta akan diberikan bimbingan dan bantuan dari pihak HDC dan rakan-rakan strategik program yang terdiri daripada syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) dari Program Wakaf Halal PKS HDC, bagi membangunkan kelompok usahawan berdaya maju dari kalangan OKU.

Kriteria bagi penyertaan pemohon OKU adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia (menyertakan salinan Kad Pengenalan)
  2. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (menyertakan salinan Kad OKU)
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas
  4. Terlibat di dalam sektor perniagaan industri Halal (atau berminat memulakan perniagaan di dalam industri Halal)

Program Intervensi OKU menyediakan bantuan dan sokongan meliputi:

  1. Pembelian mesin dan peralatan
  2. Pembelian bahan mentah dan inventori
  3. Pembangunan kandungan pemasaran digital
  4. Yuran berkaitan lesen perniagaan dan pendaftaran perniagaan
  5. Yuran berkaitan pensijilan dan latihan

Permohonan adalah melalui Borang Permohonan yang boleh didapati dengan menghubungi Sekretariat Program Intervensi OKU di bawah.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:

Sekretariat Program Intervensi OKU
5.02, Level 5, KPMG Tower, First Avenue,
Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03 7965 5414
Email: [email protected]