
PROGRAM-PROGRAM KAMI
1. e-ReHAL
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://hkc.hdcglobal.com.
Siapa yang boleh sertai?
- Syarikat yang belum diberikan pensijilan halal
- Mengeluarkan produk yang berkaitan dengan industri halal (Makanan & minuman, kosmetik dan penjagaan diri dsb)
- Telah memiliki premis sendiri
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
Kelebihan:
- Memberikan kefahaman yang lebih baik mengenai proses pensijilan halal.
- Pemain industri dapat menilai tahap kesediaan mereka terhadap pensijilan halal.
2. PROGRAM PERKONGSIAN SUMBER HALAL
(HALAL SOURCING PARTNERSHIP PROGRAM (HSPP))
Untuk maklumat lanjut sila layari http://hspp.hdcglobal.com
Siapa yang boleh sertai?
- Syarikat yang berdaftar di Malaysia dan diperakui Halal.
- Keutamaan HACCP, diperakui ISO 9001
- Perolehan jualan antara RM300,000 hingga RM50 juta.
Kelebihan:
- PKS yang berpotensi dapat menaikkan dan meningkatkan kemampuan mereka untuk mengembangkan perniagaan.
- Memahami syarat-syarat untuk menjadi pembekal bagi syarikat besar / multinasional
- Menerokai peluang perniagaan yang ada dengan syarikat besar / multinasional
3. HIPER
Siapa yang boleh sertai?
HIPER terbuka kepada semua syarikat Halal atau dipersiap halal dari Perusahaan Mikro. Kecil dan Sederhana (PKS), Syarikat Besar Tempatan (LLC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLiC) dan / atau anak syarikatnya.
- Akses untuk pembiayaan
- Dengan mengenalpasti keperluan kewangan, HIPER akan membantu perusahaan menilai semula pilihan pembiayaan yang mereka miliki.
- Saluran Rangkaian yang Lebih Baik
- Melalui sesi suaikenal, perusahaan akan mendapat akses dan jaringan terhadap beberapa pakar industri, agensi berkenaan dan program lain yang berkaitan.
- Penasihat Pembangunan Perniagaan
4. BIMBINGAN UNTUK PKS
Siapa yang boleh sertai?
PKS yang belum disahkan halal digalakkan untuk menyertai kami dan mesti:
- Pengilang atau penyedia perkhidmatan produk yang berkaitan dengan industri halal (Makanan & Minuman, rumah sembelihan dll)
- Mempunyai premis
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
Kelebihan:
- Meningkatkan daya saing dan kesediaan mereka dalam perniagaan
- Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai keperluan MNC
- Meningkatkan operasi perniagaan mereka secara keseluruhan.
5. HALAL TALENT TOUR
Ini juga merupakan salah satu medium utama dalam mencapai sejumlah besar individu yang berpengalaman dan berkemahiran dan menjadi satu platform untuk mempromosikan fungsi dan peranan HDC sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) dalam menangani jurang kemahiran kerja terutamanya dalam industri Halal.
Siapa yang boleh sertai?
- Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang halal tanpa mengira bila, bagaimana dan di mana mereka memperolehinya, samada melalui pengalaman kerja, hidup atau latihan (rasmi atau tidak rasmi)
- Pemain industri / syarikat
- Rumah sembelihan
- Agensi kerajaan / pengawal selia / JAIN / UTAMA
- Universiti / Ahli Akademik
Kelebihan:
- Peserta memahami kepentingan pekerja mahir dalam perspektif industri halal dan sokongan dari HDC, JPK dan JAKIM dalam memperkasakan latihan kemahiran melalui Piawaian Kemahiran Nasional..
- Menyedari fungsi dan peranan HDC sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) dalam menangani jurang kemahiran pekerjaan terutamanya dalam industri halal.
- Peserta dapat bekerjasama dan terlibat dalam mengembangkan kecekapan bakat dalam industri halal.