LATIHAN HALAL

Pembangunan modal insan adalah satu aspek penting bagi kelangsungan perniagaan untuk menangani persaingan hebat di pasaran dunia. Penambahbaikan yang berterusan kepada kemahiran dan kelayakan tenaga kerja begitu mustahak bagi menguruskan perniagaan dalam pasaran halal yang giat berkembang di tengah ketidakpastian sosial, politik dan ekonomi.

Memajukan perniagaan tanpa penyesuaian kepada perubahan pasaran bagi mendapatkan bahagian pasaran bukan satu pilihan kepada perniagaan halal. Kepentingan pembangunan modal insan amat ketara bagi mendorong perubahan ini ke arah pertumbuhan ekonomi.

Bertujuan memenuhi keperluan perniagaan,  program-program Latihan Halal HDC telah dikemaskini selaras dengan perubahan semasa pasaran.

Sejak Latihan Halal HDC diperkenalkan pada tahun 2008, seramai 60,000 tenaga kerja dari seluruh dunia telah menerima manfaat program latihan HDC.  Ini termasuk 10,000 bakat yang diiktiraf sebagai Tenaga Kerja Berpengetahuan Halal. Program latihan yang disediakan merangkumi Amalan Terbaik dalam Industri Halal, Modul Latihan Penanda Aras Halal, Peningkatan Kerjaya Melalui Halal dan Pendidikan Halal Untuk Pelajar.

Pusat Latihan HDC

HDC bekerjasama dengan Rakan Strategik Antarabangsa kami untuk  menawarkan latihan halal
secara menyeluruh yang merangkumi Ekosistem Halal yang lengkap

TAKWIM PROGRAM LATIHAN HDC 2024

6 Fokus Kepakaran & Unik

Kesedaran Halal (1 Hari)

Selidik secara terperinci tentang Asas Industri Halal -suatu laluan penting bagi mereka yang takjub dengan pasaran Halal global. Hayati dunia audit lapangan yang merangkumi sembilan (9) skim yang dikendalikan di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM).

Anda mungkin berakar umbi dalam industri makanan atau terlibat dalam sektor bukan makanan. Dalami ilmu tentang produk yang bukan sahaja Halal, tetapi ‘Thoyibban’ (menyeluruh). Terapkan prinsip-prinsip halal dalam proses pembuatan dengan lapisan berkaitan yang cemerlang.

Latihan Asas Industri Halal adalah syarat wajib yang perlu diulang setiap tiga(3) tahun sekali bagi setiap pekerja yang terlibat dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan.

Sertai kami dalam kembara yang menyeronokkan ini selagi kita masih
mengamalkan kecemerlangan taraf Halal. Luaskan pengetahuan anda
dalam industri yang dinamik ini. Mengapa harus berlengah lagi? Daftar
sekarang dan mulakan langkah anda menuju kecemerlangan.

Pensijilan Halal Malaysia (1 Hari)

Terokai modul Pensijilan Halal Malaysia (MHC), yang dirancang dengan penuh teliti bagi menyokong pemilik industri untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai perniagaan halal. Fahami secara komprehensif teras konsep halal di samping mematuhi keperluan syarat-syarat pra-kelayakan Malaysia Halal Management System,My eHALAL, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan Akta 2011 Akta Perihal Dagangan (Trade Description Act). Untuk makluman, semua sesi ini adalah wajib dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pensijilan Halal Dalaman
yang dilantik sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga(3) tahun.

Sertai kami dalam kembara untuk mencapai kecemerlangan halal. Daftar sekarang bagi mengukir nama anda dalam industri halal dengan penuh keyakinan. Tempahlah penyertaan anda sekarang. Rebutlah peluang keemasan ini dan tingkatkan perniagaan anda sekarang.

Logistik Halal (2 Hari)

Kursus transformatif ini menawarkan liputan komprehensif tentang teras konsep Halal dalam bidang logistik. Ia menerapkan aspek kecemerlangan akademik dengan aplikasi dunia sebenar yang telah disusun bagi mengadaptasi lanskap Pengurusan Rantain Bekalan yang sentiasa berkembang pesat.

Anda akan berpeluang menyelidiki tentang prinsip-prinsip Halal, operasi dan pelaksanaan, meningkatkan kepakaran yang diperlukan dalam dunia logistik untuk meningkat lebih maju dalam industi yang dinamik ini.

Terokai kuasa besar Halal dalam rantaian bekalan makanan moden dan dan bersedia menyerlahkan potensi anda dalam unia logistik. Daftar sekarang dan mulakan langkah anda ke arah kecemerlangan

Farmaseutikal Halal (2 Hari)

Dirumuskan khas untuk memperkasakan industri farmaseutikal dengan pendedahan secara praktik dalam Pensijilan Halal. Dalamilah pengetahuan anda dalam modul latihan eksklusif, disesuaikan mengikut keperluan seperti MS2424, Manual Procedure Malaysia Halal Certification (Domestic) 2020, dan berkaitan dengan fatwa farmaseutikal. Terokai laluan transformatif untuk mendalami selok-belok bagi memudahkan proses permohonan Sijil Halal JAKIM dan memahami cabaran dalam industri dengan penuh yakin.

Sertailah kami sekarang dan perolehi kemahiran yang amat bernilai dalam menyediakan dokumen berkaitan permohonan sijil Halal yang tuntas – daftar sekarang!

Penyembelihan Halal (2 Hari)

Program yang kami aturkan telah direka khas bagi meningkatkan kesedaran dan menambahkan kemahiran dalam Industri Halal. Perincian proses penyembelihan secara Halal dari persediaan sembelihan disediakan untuk anda memperoleh pengetahuan tentang proses yang mengikut Syariah dan aspek saintifik dalam Penyembelihan Halal. Selami pengetahuan anda dalam peranan dan kaedah yang betul dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas penyembelihan.

Kami juga menekankan tentang kesan dan pengaruh terhadap kebajikan, tekanan fisiologi dan tindak balas haiwan sembelihan, kualiti yang merangkumi haiwan ruminan dan bukan ruminan. Daftar sekarang untuk langkah kembara ilmu Penyembelihan Halal.

Hospitaliti Mesra Muslim (2 Hari)

Langkah kembara menyertai program ekskulisif kami, khusus untuk menghayati kesantunan Mesra Islam. Hayati pengetahuan asas yang membentuk ekosistem kesantunan mesra Islam. Modul kami yang diatur dengan teliti dan rapi menurut Standard of Muslim-Friendly Hosptality Services – Requirements (MS 2610: 2015) dan mematuhi prinsip-prinsip Halal Tourism Services yang digubal oleh Standards and Metrology Institute for Islamic Countries (OIC/SMIC 9:2019).

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan mencapai kecemerlangan bagi memenuhi keperluan pengembara Muslim di seluruh dunia di samping meningkatkan kemahiran anda dalam seni Kesantunan Mesra Islam!

Kompetensi Halal (2 Hari)

Inisiatif latihan Kompetensi Halal kami bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan setiap ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (IHC), memupuk pemahaman menyeluruh terhadap Keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

Peserta akan memperoleh pandangan berharga ke dalam elemen- elemen penting pelaksanaan Sistem Kawalan Halal yang kukuh. Program ini mengintegrasikan latihan praktikal yang bersifat langsung yang sangat penting untuk aplikasi dalam kedua-dua bidang pemprosesan dan perkhidmatan.

Daftar hari ini untuk memulakan perjalanan mendalam menuju penguasaan kecekapan halal. Pastikan tempat anda sekarang dan terangi laluan profesional anda dengan kegemilangan kecemerlangan halal.

Sistem Jaminan Halal (2 Hari)

Membongkar kesempurnaan program – Sistem Pengurusan Halal (HAS), direka khusus untuk melengkapkan para profesional dengan ilmu pengetahuan dan panduan untuk pelaksanaan yang lancar. Selami tentang Sistem Pengurusan Halal, perolehi kemahiran untuk menangani cabaran dan membina sistem sistem kawalan yang kukuh bagi memastikan integriti dan keselamatan dalam penghasilan produk dan penyediaan perkhidmatan.

Melibatkan peserta dalam sesi teori dan praktikal dengan mengaplikasikan pada situasi sebenar dan imlimentasi HAS. Meningkatkan kemahiran anda untuk mengendalikan industri halal dengan cekap dan yakin.

Daftar sekarang untuk memulakan kembara yang sangat bermakna untuk menguasai tentang Jaminan Halal. Tempah sekarang untuk masa depan kerjaya profesional yang lebih cerah.

Audit Halal Dalaman (3 Hari)

Jadilah seorang profesional dalam industri Halal dengan menyertai Bengkel HIA ysng transformatif. Ianya sangat penting bagi Ahli Jawatankuasa melaksanakan Audit Dalaman Pensijilan Halal di premis anda! Perolehi pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok fasa-fasa pengauditan dalaman, memastikan pematuhan syarat-syarat ketat dan amalan terbaik dalam industri. Hayati sendiri kajian kes bagi meningkatkan kepakaran anda yang bakal dipraktikkan apabila menghadapi situasi sebenar.

Daftar sekarang untuk menjadi seorang juruaudit yang cekap dan mahir dalam industri Halal yang berkembang dengan pesat. Tempah penyertaan anda sekarang untuk menuju kecemerlangan profesional.

Takbir Urusan Halal (2 Hari)

Mendedahkan teras Pematuhan Sijil Halal dan Pentadbiran, sudut-sudut penting tanpa liku-liku yang mengukuhkan integriti Halal dalam Rantaian Bekalan. Pihak kerajaan memastikan peraturan dipatuhi dan pemain industri berperanan mengimbangi pelaksanaan pengawalan dalam menegakkan pengurusan dalaman menerusi pemantauan operasi. Terokai aspek penting Pentadbiran Halal Dalaman dengan tumpuan khas terhadap tanggung jawab pengurusan yang telah ditetapkan agar sentiasa merujuk kepada Pensijilan Halal.

Daftar sekarang dalam program 2 hari secara sepenuh masa dan tempah penyertaan and untuk ditempatkan dalam kalangan para profesional. Kuasai kawalan anda terhadap rantaian bekalan Halal yang cemerlang mengikut standard tertinggin dalam integriti Halal. Seryai kami bagi memperkasakan lagi perniagaan anda dengan amalan Halal.

Pensijilan Eksekutif Halal (10 Hari)

Ikuti program eksklusif yang dirangka khas untuk profesional Muslim dan rakyat Malaysia. Hayati modul komrehensif yang disusun dengan teliti yang sesuai untuk menangani permintaan tinggi industri Halal, diselaraskan sejajar dengan pelbagai sektor yang diiktiraf oleh JAKIM dan Lembaga Profesional Halal (HPB). Sertai kami dalam kursus sepenuh masa 10 hari dengan fokus kepada Manual Halal (Halal Manual) dan Pengurusan Rekod Halal (Halal Record Administration) untuk Jawatankuasa Halal Dalaman (Internal Halal Committee) anda.

Kembangkan kepakaran anda menerusi modul yang meliputi Halal Quality Assurance System, Halal Certification Process Administration, dan Halal Internal Audit Facilitation. Hayati prinsipprinsip ini dari perspektif Syariah, menekankan tentang aspek keseluruhan, kebersihan, kualiti dan keselamatan. Tingkatkan kemahiran dan kecemerlangan Industri Halal yang dinamik. Tempah sekarang untuk memulakan langkah ke arah kecemerlangan profesional anda!

Pensijilan Audit Dalaman Halal (11 Hari)

Rintislah laluan profesional yang cemerlang sebagai Juruaudit Pensijilan Halal yang sah menerusi program CHAP yang dirangka dengan teliti bagi mendedahkan kepada pengalaman sebenar Pengauditan Pensijilan Halal. Kursus yang komprehensif ini bukan sahaja melatih anda dengan kemahiran malah membimbing anda untuk memimpin Audit Halal Dalaman sebagai Juruaudit Halal Dalaman yang diiktiraf justetu mengangkat kelayakan profesional anda sebagai Juruaudit Pihak Ketiga yang diiktiraf. Mulakanlah perjalanan yang serba mencabar di samping menyelami dunia sebenar audit lapangan yang merangkumi sembilan (9) Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pengalaman unik ini akan melengkapkan anda di samping mendedahkan anda kepada pengalaman yang amat bernilai untuk membina kepakaran melalui pengalaman sebenar, bagi menyerlahkan anda sebagai seorang pemimpin industri.

Program kami yang menyeluruh bukan sahaja mengutamakan keperluan pengetahuan teknikal, bahkan menawarkan pengalaman sebenar dalam Pengauditan Sijil Halal untuk ke dua-dua industri pembuatan dan premis perniagaan. Terokailah kebolehan anda dan lonjakkanlah kerjaya anda sebagai domain dalam bidang Pensijilan Halal. Jangan lepaskan peluang anda – daftarlah sekarang dan rebutlah peluang meningkatkan trajektrori profesional ini.

Penasihat Latihan Halal

Suryati Mohd Hayani

Ketua, Pusat Latihan HDC

Muhamad Noridham Nordin

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Muhamad Zhafri Muhamad Khusairi

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Nurul Nazatul Ain Natiman

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Nurul Aishah Fairos

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Muhammad Helmi Mohamad Anuar

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Mohd Razif Othman

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Muhammad Husaini Abdul Rahman

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Maisarah Norazman

Penasihat, Pusat Latihan HDC

Muhamad Khairul Amir Khairul Azhar

Penasihat, Pusat Latihan HDC