LATIHAN HALAL

Pembangunan modal insan adalah satu aspek penting bagi kelangsungan perniagaan untuk menangani persaingan hebat di pasaran dunia. Penambahbaikan yang berterusan kepada kemahiran dan kelayakan tenaga kerja begitu mustahak bagi menguruskan perniagaan dalam pasaran halal yang giat berkembang di tengah ketidakpastian sosial, politik dan ekonomi.

Memajukan perniagaan tanpa penyesuaian kepada perubahan pasaran bagi mendapatkan bahagian pasaran bukan satu pilihan kepada perniagaan halal. Kepentingan pembangunan modal insan amat ketara bagi mendorong perubahan ini ke arah pertumbuhan ekonomi.

Bertujuan memenuhi keperluan perniagaan,  program-program Latihan Halal HDC telah dikemaskini selaras dengan perubahan semasa pasaran.

Sejak Latihan Halal HDC diperkenalkan pada tahun 2008, seramai 60,000 tenaga kerja dari seluruh dunia telah menerima manfaat program latihan HDC.  Ini termasuk 10,000 bakat yang diiktiraf sebagai Tenaga Kerja Berpengetahuan Halal. Program latihan yang disediakan merangkumi Amalan Terbaik dalam Industri Halal, Modul Latihan Penanda Aras Halal, Peningkatan Kerjaya Melalui Halal dan Pendidikan Halal Untuk Pelajar.

Latihan Halal HDC

HDC bekerjasama dengan Rakan Strategik Antarabangsa kami untuk  menawarkan latihan halal
secara menyeluruh yang merangkumi Ekosistem Halal yang lengkap

TAKWIM PROGRAM LATIHAN HDC 2023

Prinsip Asas Industri Halal (HIF) v2:2020

(Program Kesedaran – 1 Hari)

Kursus asas bagi individu, organisasi dan pihak berkepentingan mengenai industri halal. Memberikan pemahaman yang menyeluruh dan penekanan kepada aspek halal serta pendekatan bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah halal dan thoyyib.
Konsep Penyembelihan Menurut Islam

(Program Kesedaran – 2 Hari)

Program pengetahuan asas Shariah dari sudut sains dan pengurusan penyembelihan halal ini menekankan kesan-kesan dari pra-penyembelihan, semasa penyembelihan dan selepas penyembelihan kepada kebajikan, tindakbalas tekanan fisiologi, metabolisme otot rangka dan mutu daging bagi ruminan dan bukan ruminan.
Amalan Terbaik dalam Industri Halal (BHP) -
Makanan & Perkhidmatan Makanan (BHP)
v2: 2020

(Program Industri – 2 Hari)

Kursus ini meliputi amalan terbaik halal untuk usahawan dan pengeluar industri makanan. Para peserta dibekalkan dengan pengetahuan intensif mengenai keperluan halal untuk menghasilkan produk halal yang bermutu tinggi bagi pasaran makanan halal global yang sedang berkembang pesat. Tajuk program merangkumi kepentingan MS1500: 2009 serta keperluan untuk pemprosesan halal, pensijilan dan logistik bagi pengeluaran makanan halal.
Amalan Terbaik dalam Industri Halal (BHP) -
Logistik

(Program Industri – 2 Hari)

Pemain industri logistik halal sedia ada dan baharu boleh mendapatkan maklumat terkini amalan global bagi amalan terbaik halal dalam menguruskan aliran bahan dan maklumat dalam sistem bekalan mengikut piawaian halal. Tajuk merangkumi kepentingan MS2400-1:2019 serta keperluan pengurusan halal dan pensijilan dalam perkhidmatan logistik halal.
Amalan Terbaik dalam Industri Halal (BHP) -
Farmaseutikal Halal

(Program Industri – 2 Hari)

Dengan corak peningkatan pengguna Muslim terhadap barang farmaseutikal, kursus ini memperincikan hala tuju sosio-ekonomi dan penerangan keseluruhan mengenai peningkatan jumlah pensijilan halal di dunia yang akan mendorong pertumbuhan pasaran farmaseutikal halal. Penekanan diberikan kepada kepentingan MS2424:2019 untuk keperluan pemproses halal, pensijilan dan logistik pengeluaran farmaseutikal bagi memastikan pematuhan kepada piawaian Halal.
Amalan Terbaik dalam Industri Halal (BHP) -
Hospitaliti Mesra-Muslim

(Program Industri – 2 Hari)

Kursus ini memberikan tumpuan kepada pematuhan terhadap perundangan dan ajaran Islam seperti pemakanan, pemakaian, tingkah laku dan peradaban bagi mengikuti perkembangan industri halal dalam pelbagai penawaran gaya hidup termasuk perkhidmatan pelancongan mesra-Muslim dan hospitaliti. Ia merangkumi amalan Muslim serta cara untuk memenuhi keperluan hospitaliti mengikut prinsip Islam. Program ini merangkumi kepentingan MS2610: 2015 serta keperluan bagi pengurusan dan pensijilan halal dalam perkhidmatan pelancongan mesra-Muslim.
Sistem Pengurusan Jaminan Halal (HAS)

(Program Industri – 2 Hari)

Kursus ini menerangkan perihal pelaksanaan HAS dimana, peserta dibekalkan dengan pemahaman menyeluruh mengenai HAS sebagai langkah mengatasi insiden berbahaya dan mewujudkan sistem kawalan yang berkesan. Ini adalah bagi menjaga ketulusan dan keselamatan dalam pengeluaran dan perkhidmatan berkaitan barangan halal.
Audit Dalaman Halal (HIA)

(Program Industri – 3 Hari)

Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan audit untuk tujuan pengauditan, peserta kursus ini dilatih untuk mengkaji semula peringkat-peringkat audit dalaman halal serta mengkaji pematuhannya dalam memenuhi keperluan pensijilan dan amalan terbaik halal. Peserta turut didedahkan kepada teori audit dan diberikan latihan khas yang merangkumi kajian-kajian kes.
Masterclass Halal (HMC) -
Tadbir Urus dan Pematuhan Dalaman Halal

(Program Industri – 2 Hari)

Disediakan khas untuk pengurus dan pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, kursus ini melengkapkan peserta dengan pendekatan dan pemahaman amali bagi mengekalkan kawalan dalaman dan tadbir urus halal, pengurusan risiko halal dan menangani krisis berkaitan halal. Syarikat yang memiliki pensijilan halal perlu mempunyai sistem kawalan dalaman halal yang baik dan dikawal selia oleh kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman.
Program Pensijilan Eksekutif Halal yang Diperakui (CHEP)

(Program Persijilan-10 Hari)

Kursus yang menyeluruh mengenai buku Manual Halal dan Pentadbiran Rekod Halal adalah khusus untuk ahli Jawatankuasa Halal Dalaman (IHC) sesebuah organisasi. Tajuk program termasuk modul Sistem Jaminan Kualiti Halal, Pentadbiran Proses Pensijilan Halal dan Kemudahan Audit Dalaman Halal. Program ini tertakluk kepada terma dan syarat.
Program Pengauditan Dalaman Halal yang DiIktiraf (CHAP)

(Program Persijilan-11 Hari)

Khusus adalah untuk ahli Jawatankuasa Halal Dalaman sebuah organisasi dimana, kursus ini mendedahkan peserta dengan pengalaman teknikal dan berkaitan Audit Halal dalam kemudahan pembuatan atau premis perniagaan. Bagi peserta yang telah lulus tahap penilaian, mereka berkelayakan untuk mengetuai sesi Audit Dalaman Halal syarikat. Program ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Penasihat Latihan Halal

Suryati Hayani

Ketua, Latihan Halal

Azizul Aziz

Penasihat, Latihan Halal

Muliyanti Kamaruzaman

Penasihat, Latihan Halal

Ain Natiman

Penasihat, Latihan Halal

Azizah Esa

Penasihat, Latihan Halal

Bilal Jailani

Penasihat, Latihan Halal

Irsyad Norzamri

Penasihat, Latihan Halal