PERUNDINGAN HALAL

HDC menawarkan perkhidmatan profesional untuk perniagaan dan organisasi yang melibatkan sektor Halal. Fokus dalam memberi khidmat rundingan yang menyeluruh, khidmat kami disepadukan dengan keperluan-keperluan Halal dalam perniagaan kepada rakan niaga kami selaras memperkukuhkan perniagaan mereka.

Khidmat rundingan kami:

Pra-Pengesahan Halal

  • Program Kesedaran Halal mengikut keperluan perniagaan anda
  • Khidmat nasihat strategik untuk membawa perniagaan anda ke dunia Halal
  • Khidmat rundingan dan bimbingan teknikal bagi persediaan memohon sijil Halal
  • Akses ke portal Halal Ingredients dan portal Halal Talent bagi memenuhi keperluan bekalan barangan dan pekerja anda
  • Khidmat nasihat berkenaan bantuan kewangan untuk pelaburan di Malaysia

 

Pemegang Sijil Halal

  • Bantuan teknikal bagi menambahbaik Sistem Pengurusan Jaminan Halal
  • Khidmat rundingan dan bimbingan dalam mengendali krisis berkaitan Halal
  • Penilaian menyeluruh melalui perkhidmatan audit dalaman Halal kami dan laporan lengkap mengenai pematuhan Halal syarikat anda.
  • Cadangan berkaitan dengan ujian makmal Halal

Memajukan Perniagaan Halal

Sebagai kustodian ekonomi Halal Malaysia, HDC menawarkan perniagaan anda akses kepada inisiatif-inisiatif kami yang lain:

  • Penjenamaan perniagaan
  • Padanan perniagaan dan kemasukan ke pasaran baharu
  • Insentif berkaitan industri Halal
  • Pensijilan berkenaan kualiti produk dan kualiti pengurusan
  • Program-program inkubasi perniagaan

Khidmat Profesional

Perkhidmatan perundingan dan nasihat profesional kami yang melangkaui pensijilan Halal adalah seperti berikut:

  • Strategi tadbir urus berkaitan sektor halal
  •  Pembangunan rangka kerja
  • Khidmat nasihat berkaitan penubuhan badan berkuasa dan makmal

Hubungi kami di:
[email protected]

MENGENAI PERUNDINGAN HALAL HDC

HDC Halal Consultancy terdiri daripada profesional-profesional yang berpengalaman dalam pasaran ekonomi Halal.
Kami fokus untuk bekerjasama dengan anda bagi memenuhi keperluan perniagaan dalam mencapai visi Halal.