Sektor yang dipromosikan
Sektor halal terdiri daripada produk atau perkhidmatan halal yang menyumbang kepada perkembangan sosio-ekonomi keseluruhannya.
  • Makanan & Minuman
  • Kosmetik & Penjagaan Peribadi
  • Bahan-bahan
  • Farmaseutikal
  • Fesyen
  • Pelancongan Perubatan
  • Peralatan perubatan
  • Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim
  • Perkhidmatan Logistik
  • Kewangan Islam

PROGRAM-PROGRAM KAMI

1. e-ReHAL

e-Rehal ialah satu alat e-bimbingan untuk menilai dan membina kesediaan pemain industri untuk pematuhan halal dengan modul panduan yang  interaktif terhadap proses dan  prosedur pensijilan halal.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila  layari  https://hkc.hdcglobal.com.

Siapa yang boleh sertai?

  • Syarikat yang belum diberikan pensijilan halal
  • Mengeluarkan produk yang berkaitan dengan industri halal (Makanan & minuman, kosmetik dan penjagaan diri dsb)
  • Telah memiliki premis sendiri
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Kelebihan:

  • Memberikan kefahaman yang lebih baik mengenai proses pensijilan halal.
  • Pemain industri dapat menilai tahap kesediaan mereka terhadap pensijilan halal.

2. PROGRAM PERKONGSIAN SUMBER HALAL

(HALAL SOURCING PARTNERSHIP PROGRAM (HSPP))

Halal Sourcing Partnership Program (HSPP) atau hibah adalah program yang dirancang untuk PKS yang berpotensi tinggi dalam sektor halal yang dipromosikan  untuk mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Melalui usaha kolaboratif dengan syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan, PKS yang berpotensi ini akan dipupuk dan diberi kemudahan untuk menjadi pembekal mereka dan akhirnya menjadi syarikat Halal Home Grown Champion kami.

Untuk maklumat lanjut sila layari  http://hspp.hdcglobal.com

Siapa yang boleh sertai?

  • Syarikat yang berdaftar di Malaysia dan diperakui Halal.
  • Keutamaan HACCP, diperakui ISO 9001
  • Perolehan jualan antara RM300,000 hingga RM50 juta.

Kelebihan:

  • PKS yang berpotensi dapat menaikkan dan meningkatkan kemampuan mereka untuk mengembangkan perniagaan.
  • Memahami syarat-syarat untuk menjadi pembekal bagi syarikat besar / multinasional
  • Menerokai peluang perniagaan yang ada dengan syarikat besar / multinasional

3. HIPER

Halal Incubation Program for Entrepreneurs (HIPER) – Program Inkubasi Usahawan- adalah salah satu program terkini yang dimulakan oleh HDC untuk memangkin pertumbuhan industri Halal. Tidak seperti program inkubasi biasa yang hanya menyediakan ruang pejabat fizikal dan bantuan pembiayaan, HIPER menawarkan khidmat perunding  dan penasihat perniagaan kepada para peserta, Ini memenuhi keperluan industri Halal dengan tujuan untuk meningkatkan kemampuan dan kapasiti  yang  membolehkan mereka untuk bersaing di pasaran yang lebih besar baik dalam pasaran tempatan  mahupun di peringkat antarabangsa.

Siapa yang boleh sertai?

HIPER terbuka kepada semua syarikat Halal atau dipersiap halal dari Perusahaan Mikro. Kecil dan Sederhana (PKS), Syarikat Besar Tempatan (LLC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLiC) dan / atau anak syarikatnya.

Kelebihan:

  • Akses untuk pembiayaan
  • Dengan mengenalpasti keperluan kewangan, HIPER akan membantu perusahaan menilai semula pilihan pembiayaan yang mereka miliki.
  • Saluran Rangkaian yang Lebih Baik
  • Melalui sesi suaikenal, perusahaan akan mendapat akses dan jaringan terhadap beberapa pakar industri, agensi berkenaan dan program lain yang berkaitan.
  • Penasihat Pembangunan Perniagaan

4. BIMBINGAN UNTUK PKS

Program ini berfungsi sebagai platform yang sangat berkesan untuk pemindahan maklumat, pengetahuan dan pengalaman melalui bengkel dan seminar oleh pakar industri; syarikat besar tempatan dan antarabangsa. Topik yang dibahaskan merangkumi Amalan Terbaik Industri, jualan dan pemasaran, produktiviti terhadap PKS, Keselamatan Makanan, sistem pengurusan kualiti dan banyak lagi, yang disasarkan kepada PKS yang masih belum disahkan halal.

Siapa yang boleh sertai?

PKS yang belum disahkan halal digalakkan untuk menyertai kami dan mesti:

  • Pengilang atau penyedia perkhidmatan produk yang berkaitan dengan industri halal (Makanan & Minuman, rumah sembelihan dll)
  • Mempunyai premis
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Kelebihan:

  • Meningkatkan daya saing dan kesediaan mereka dalam perniagaan
  • Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai keperluan MNC
  • Meningkatkan operasi perniagaan mereka secara keseluruhan.

5. HALAL TALENT TOUR

Program ini bertujuan untuk mempromosikan sijil kemahiran, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diakui oleh Kementerian Sumber Malaysia (MoHR) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Ini juga merupakan salah satu medium utama dalam mencapai sejumlah besar individu yang berpengalaman dan berkemahiran dan menjadi satu platform untuk mempromosikan fungsi dan peranan HDC sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) dalam menangani jurang kemahiran kerja terutamanya dalam industri Halal.

Siapa yang boleh sertai?

  • Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang halal tanpa mengira bila, bagaimana dan di mana mereka memperolehinya, samada melalui pengalaman kerja, hidup atau latihan (rasmi atau tidak rasmi)
  • Pemain industri / syarikat
  • Rumah sembelihan
  • Agensi kerajaan / pengawal selia / JAIN / UTAMA
  • Universiti / Ahli Akademik

Kelebihan:

  • Peserta memahami kepentingan pekerja mahir dalam perspektif industri halal dan sokongan dari HDC, JPK dan JAKIM dalam memperkasakan latihan kemahiran melalui Piawaian Kemahiran Nasional..
  • Menyedari fungsi dan peranan HDC sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) dalam menangani jurang kemahiran pekerjaan terutamanya dalam industri halal.
  • Peserta dapat bekerjasama dan terlibat dalam mengembangkan kecekapan bakat dalam industri halal.