Memorandum Kerjasama telah ditandatangani oleh Hanisofian Alias, Ketua Pembangunan Industri HDC dan Nazihan Idris, Ketua Penolong Pengarah, JAIS disaksikan oleh Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif HDC dan Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS
Kerjasama antara HDC dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini bertujuan untuk memperkasakan Inisiatif Pembangunan Modal Insan Industri Halal di Selangor yang merangkumi 3 Inisiatif iaitu, pertama, penubuhan Pusat Penilaian Amali (PPA) bagi bidang Sembelihan unggas Halal pertama di Selangor & Malaysia bagi penyembelih untuk menilai tahap keterampilan seterusnya mendapat penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Pusat ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penyembelih yang dianggap sebagai barisan hadapan dalam industri makanan halal berasaskan daging haiwan untuk mendapat SKM bagi mengiktiraf kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.
Inisiatif kedua pula adalah penganugerahan SKM kepada pegawai JAIS melalui kaedah PPT yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap kemahiran yang dimiliki melalui pengalaman bagi pegawai JAIS yang terlibat dalam pengurusan Halal seperti pensijilan, audit, pemantauan sebagai nilai tambah dalam pembangunan kerjaya.
Manakala inisiatif ketiga pula adalah pelantikan pegawai JAIS sebagai Pegawai Penilai PPT untuk memudahcara proses penilaian bakat berkemahiran bidang Halal untuk mendapat SKM melalui kaedah portfolio atau amali.
Source : Prebiu