Apakah itu Wakaf Halal PKS?

  • Setiap PKS yang memenuhi kriteria boleh memohon sehingga RM25,000 bagi pembiayaan pembelian peralatan dan mesin.
  • PKS yang pernah menerima bantuan Wakaf Halal PKS boleh membuat permohonan baharu.
  • Program ini adalah berbentuk “evolving fund”, penerima pembiayaan akan membuat bayaran balik secara bulanan dan dana tersebut akan digunakan untuk membiayai permohonan-permohonan baharu.
  • Dijangka sebanyak 120 syarikat PKS akan mendapat manfaat dalam tahun pertama.
  • Objektif inisiatif ini adalah untuk:
    • Menyediakan pembiayaan alternatif melalui instrumen Wakaf kepada PKS di dalam industri Halal.
    • Membantu PKS yang mempunyai potensi untuk mengembangkan pasaran bagi produk sedia ada.
    • Membantu PKS yang telah lama beroperasi tetapi terjejas akibat pandemik Covid-19, untuk membeli peralatan dan mesin baharu bagi memajukan semula perniagaan.
    • Menggalakkan lebih ramai pewakaf-pewakaf individu dan korporat yang baharu dalam masyarakat yang mewakafkan harta untuk kebajikan dan amal jariah.

Siapakah yang layak memohon Wakaf Halal PKS?

  • PKS di dalam industri Halal
  • PKS yang berdaftar dengan SSM
  • Mempunyai Sijil Halal (atau dalam proses Pensijilan Halal)
  • Telah beroperasi lebih dari 2 tahun
  • Produk dan pasaran sedia ada (bukan perniagaan baharu)
  • Pemilik / Pengarah bukan berstatus muflis
  • Mempunyai rekod jualan & pendapatan perniagaan (penyata kewangan / penyata bank syarikat)

Bagaimanakah saya boleh memohon Wakaf Halal PKS?

  • Permohonan dibuka sepanjang tahun 2022
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Borang permohonan yang lengkap diisi
    2. Dokumen pendaftaran syarikat (SSM)
    3. Sijil Halal (atau pengesahan permohonan pensijilan Halal)
    4. Maklumat Pemilik Perniagaan / Pengarah Syarikat
    5. Penyata kewangan / penyata bank syarikat
    6. Sebut Harga (minimum dari 3 vendor berbeza)
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian ataupun secara fizikal (dimana borang permohonan boleh dimohon melalui emel dan dihantar ke pejabat HDC)

Maklumat Sekretariat

Sekretariat Wakaf Halal PKS
Halal Development Corporation Berhad (HDC)
5.02, Level 5, KPMG Tower, First Avenue,
Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 03 7965 5414
Email: [email protected]
Pegawai Untuk Dihubungi: En. Asri Isbahani

Imbas QR Kod

QRCode for BORANG PRA-PERMOHONAN PROGRAM WAKAF HALAL PKS

Pernyataan PDPA

Pernyataan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010)
Semua maklumat yang diberikan adalah untuk kegunaan dalaman pihak HDC dan juga bagi tujuan pembangunan inisiatif-inisiatif yang bersesuaian dengan visi dan misi HDC bagi membangunkan eko-sistem ekonomi Halal.

HDC komited untuk memastikan penggunaan data peribadi setiap pelanggan dan pemegang taruh HDC adalah mengikut garis panduan yang tertakluk kepada PDPA 2010.

Pelanggan dan pemegang taruh hendaklah membenarkan HDC menggunapakai maklumat dan data peribadi pelanggan dan pemegang taruh bagi tujuan penyaluran maklumat kepada pihak Kerajaan Malaysia dan pihak Kementerian atau Agensi Kerajaan mengikut keperluan dan permintaan dari pihak tersebut.