Aplikasi i-Mesra

Ke arah pengurusan rantaian bekalan bahan ramuan makanan yang lebih sistematik

TAWARAN TERHAD! GERAN DIGITAL PMKS MADANI (GDPM)
Jimat sehingga RM 5,000!! untuk i-Mesra

Klik di sini untuk keterangan lanjut:

Apa itu Sistem i-Mesra?

HDC menyokong pembangunan Sistem i-Mesra, iaitu aplikasi digital yang memudahcara proses pengurusan inventori bahan ramuan yang digunakan dalam penyediaan makanan di premis makanan.

Para peniaga dalam sektor perkhidmatan makanan boleh menggunakan Sistem i-Mesra sebagai langkah proaktif awal ke arah pematuhan piawaian yang lebih tinggi secara transformasi digital.

Para pengguna pula boleh menggunakan Sistem i-Mesra untuk menyemak sama ada premis makanan yang mereka kunjungi menggunakan sumber yang diyakini dalam menu-menu yang ditawarkan.

Kenapa Perlukan
Sistem i-Mesra?

Meluaskan Pasaran Perniagaan

Dapatkan akses kepada pasaran pengguna yang lebih luas

Perniagaan yang global

Dapatkan akses kepada pasaran pengguna yang lebih luas

Persediaan Awal ke arah Pensijilan Halal Malaysia

Dapat sokongan latihan, khidmat nasihat dan rundingan HDC ke arah pematuhan piawaian antarabangsa di masa hadapan

Soalan Lazim

i-Mesra ialah sebuah platform pemerkasaan digital yang direka untuk menyokong semua peringkat usahawan di Malaysia — daripada perusahaan mikro dan kecil hingga perniagaan yang sedang berkembang — melalui pendigitalan, akses kewangan, dan penyelesaian rantaian bekalan yang telus, dengan tumpuan khusus kepada sektor makanan dan minuman (F&B). Sistem i-Mesra ini juga dapat digunakan sebagai kemudahan rujukan oleh orang ramai (pengguna) dengan cara mengimbas kod QR.

Tidak. i-Mesra bukan pengganti kepada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Ia adalah aplikasi digital yang memudahcara pengurusan inventori bahan dan boleh membantu premis makanan bersedia ke arah pensijilan halal rasmi.

Tidak. i-Mesra bukan entiti pensijilan Halal dan TIDAK MENGELUARKAN SIJIL HALAL. Sistem ini hanya akan membantu premis menjejaki dan mengurus bahan ntuk memudahkan proses pensijilan rasmi.

Di Malaysia hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang sah mengeluarkan Sijil Pensijilan Halal Malaysia rasmi di bawah undang-undang Malaysia.

  • Restoran / Kedai makanan
  • Kafe
  • Kiosk
  • Gerai makanan
  • Premis makanan seumpama yang menyediakan makanan untuk dijual atau disajikan kepada orang ramai

Maklumat Penting:  i-Mesra beroperasi secara bebas dan tidak terlibat dalam proses Pensijilan Halal rasmi Malaysia serta tidak mengeluarkan atau mengesahkan status Halal.

Kelebihan & Manfaat

Jana lebih pendapatan dengan sertai Sistem i-Mesra sekarang!