Aplikasi i-Mesra

Permudahkan Pengesahan Bahan Anda
dengan Aplikasi i-Mesra
Sistem i-Mesra merupakan aplikasi inventori yang dapat digunakan untuk merekod penggunaan sumber bahan mentah di dalam sesebuah premis makanan. Sumber bahan mentah tersebut haruslah daripada sumber halal atau patuh syariah.

Pengguna dapat mengunakan Sistem i-Mesra sebagai satu sistem rujukan untuk menyemak premis makanan yang menggunakan bahan mentah daripada sumber halal atau patuh syariah dalam penyediaan makanan mereka.

Kenapa Perlukan
Sistem i-Mesra?

Memastikan Makanan Yang
Disediakan Di Premis Adalah
dari sumber Halal atau/dan Patuh Syariah

Sumber makanan tercemar serta kaedah pemprosesan serta penyimpanan yang tidak mementingkan kebersihan boleh memudaratkan kesihatan pengguna dan menyebabkan penyebaran penyakit dan wabak.

Mengenal Pasti Bahan atau
Produk Digunakan

Sistem i-MESRA memudahkan proses mengenal pasti ramuan yang digunakan oleh premis makanan bukan daripada sumber yang meragukan.

Meyakinkan Pengguna

Para pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana ketelusan inventori yang dipapar melalui Sistem i-MESRA.

Berpotensi Mengembangkan
Perniagaan

Sistem i-MESRA boleh membantu peniaga untuk mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan tambahan.

Kelebihan & Manfaat

i-Mesra memberikan beberapa manfaat dan kelebihan kepada masyarakat, negara, dan semua
usahawan di Malaysia.