TAWARAN TERHAD! GERAN DIGITAL PMKS MADANI (GDPM)
Jimat sehingga RM 5,000!! untuk i-Mesra

Ke arah pengurusan rantaian bekalan bahan ramuan makanan yang lebih sistematik

Pengenalan

Inisiatif Geran Digital PMKS Madani (GDPM) adalah usaha sama antara Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN), MDEC, dan MCMC bagi membantu perusahaan mikro, kecil, sederhana (PMKS) dan koperasi mempercepatkan proses pendigitalan dalam perniagaan.

Melalui program ini, PMKS dan koperasi layak menerima geran padanan sebanyak 50% atau sehingga RM5,000 untuk melanggan perkhidmatan digital seperti i-Mesra. Ianya adalah sistem pra-Halal yang dibangunkan oleh Rakan Digitalisasi rasmi GDPM iaitu Webhaus Technology Sdn Bhd dan sistem ini disokong oleh HDC.

Apa Itu i-Mesra?

i-Mesra membantu perniagaan makanan dan minuman:

  • Dapatkan akses kepada pasaran pengguna yang lebih luas
  • Evolusikan perniagaan anda dengan teknologi digital yang turut berfungsi sebagai sistem inventori bahan ramuan makanan dan minuman
  • Membina keyakinan pelanggan terhadap menu yang disediakan
  • Persediaan awal ke arah pensijilan Halal Malaysia

Kelayakan Permohonan

  • PMKS/Koperasi berdaftar di Malaysia (SSM, SKM atau PBT)
  • Dimiliki sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
  • PMKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000
  • Belum pernah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini

Dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan
  • Dokumen pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Penyata akaun beraudit terkini, penyata akaun pengurusan, atau penyata bank bagi dua (2) bulan terkini
  • Borang permohonan lengkap (pautan disediakan)

Langkah dan Proses Permohonan

  1. Daftar melalui pautan rasmi: Klik sini
  2. Proses pendaftaran sehingga kelulusan akan mengambil masa dalam 21 hari bekerja
  3. Jika geran anda lulus, anda akan terima emel dan pautan untuk membuat bayaran
  4. Bayar baki (selepas ditolak geran) dalam masa 14 hari
  5. Perkhidmatan i-Mesra akan dimulakan setelah geran diterima

Soalan Lazim (FAQ)

Q: Siapakah yang layak memohon geran ini?
A: PMKS/koperasi yang memenuhi syarat pendaftaran, milikan, operasi dan jualan seperti dinyatakan di atas.

Q: Saya pernah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini. Boleh mohon?
A: Tidak. Hanya permohonan pertama kali sahaja dibenarkan.

Q: Berapakah jumlah geran?
A: 50% dari nilai invois atau maksimum RM5,000, bergantung yang mana lebih rendah.

Daftar Sekarang

Mohon hari ini dan dapatkan penjimatan onboarding i-Mesra melalui geran digital:

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) melalui sistem i-Mesra, sila hubungi kami:

Encik Zulhilmee / Puan Sakinah
Emel: [email protected]