News

Kerjasama HDC-MISDEC sediakan HAP, pusat bertauliah

MELAKA 26 Mac- Halal Development Corporation Bhd (HDC) serta Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada Jumaat bertujuan meluaskan kerjasama akademik, dari segi latihan dan peryelidikan serta menggalakkan jalinan kerjasama kedua-dua pihak.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekuif HDC , Hairol Ariffein Sahari dan Pengerusi MISDEC Don Mardzi Ahmad Shamsuddin dengan disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Sulaiman Md Ali.

Menurut kenyataan HDC, Hairol Ariffien semasa majlis pemeteraian MoU itu berkata ia sejajar dengan visi dan misi HDC untuk menjadikan halal sebagai pilihan pertama dalam meneroka perniagaan dan menyediakan penyelesaian bagi kecemerlangan perniagaan dalam ruang  pasaran halal

Beliau berkata usaha dan kerjasama dengan MISDEC untuk meryediakan Program Perantis Halal (HAP) menunjukkan pentingnya industri halal dalam era ekonomi baharu.

“Seperti yang kita ketahul, industri halal global sangat besar dengan permintaan yang mencecah US$3 trilion setahun.

“Ia bukan sahaja menjana peluang perniagaan yang besar malah membuka prospek dalam peluang pengajian, nilai tambah ke atas inisiatif pembangunan bakat dan pekerjaan berkualiti”, katanya.

Beliau berkata kredibiliti HDC dalam bidang pembangunan latihan industri halal sememangnya tidak dinafikan.

Ini memandangkan selain diiktiraf sebagai badan peneraju industri halal negara oleh Kementerian Sumber Manusia, HDC juga diktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai agensi pembangun Standard Pengajian Halal bagi institut-institut pendidikan tinggi di Malaysia, katanya.

Hairol Ariffien berkata sehingga kini, HDC telah mewujudkan lebih 60,000 kakitangan atau bakat berpengetahuan halal sejak 2007.

“Tahun ini, fokus HDC adalah penempatan pekerjaan bagi golongan terlatih di lebih 8,000 syarikat halal dari dalam dan luar negara, yang berpotensi sebagai majkan.

“Selain menyediakan latihan profesional halal HDC juga menawarkan kepakaran dalam memudah cara peserta industri untuk mengorak langkah ke dalam pasaran halal melalui perkhidmatan perundingan dan nasihat pakar industri, khidmat pemadanan perniagaan serta perkhidmatan Halal Integrated Platfom” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepoda MISDEC kerana menjadi sebuah institusi pendidikan yang pertama menawarkan HAP selain mata pelajaran yang meliputi aspek halal.

Program yang julung kali ditawarkan cleh MISDEC itu akan dimulakan dengan 50 pelajar selama enam bulan

Sementara itu, Don Mardzi pula berkata kerjasama dengan HDC akan memperkukuh ekosistem industri halal dan komitmen mereka dalam menyediakan HAP, mengatur program latihan halal dan membantu HDC menubuhkan pusat bertauliah.

Kerjasama dengan HDC akan memastikan pelojar kami dilengkapi dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang perlu untuk berjaya dalam industri halal tempatan dan global di samping membuka banyak peluang kerjaya untuk mereka,” katanya.

Source : BERNAMA