News

JomSETTLE™ Merupakan Fintech Pertama Kolaborasi Dengan Halal Development Corporation Melalui Halal Integrated Platform

Mazer Fintech Sdn Bhd, atau lebih dikenali sebagai JomSETTLE™, merupakan solusi fintech pertama yang berkolaborasi dengan Halal Integrated Platform (HIP) di bawah kelolaan Halal Development Corporation Berhad (HDC).

Sejak JomSETTLE™ diperkenalkan, platfom tersebut telah mendapat pelbagai maklumbalas positif dalam kalangan pengguna kad kredit, terutamanya dari golongan usahawan dan pemilik perniagaan. JomSETTLE™ menyediakan kemudahan kepada para peniaga dan individu untuk membayar dan menerima pembayaran kad kredit secara maya daripada sesiapa sahaja; tanpa memerlukan laman web, gerbang pembayaran, atau terminal kad kredit.

Kolaborasi antara kedua-dua syarikat ini adalah untuk memperkenalkan solusi fintech yang unik ini kepada ahli Halal Integrated Platform (HIP). Pengusaha dan peniaga Industri Halal akan memperoleh suntikan kemudahan dana melalui penggunaan kad kredit mereka.

Pengasas JomSETTLE™ Falco Lee berkata, “Dengan caj transaksi yang rendah dan konsep pembayaran ‘pay-per-use’usahawan dan pemilik perniagaan dapat mengelakkan daripada hutang jangka masa panjang seperti pinjaman peribadi atau pendahuluan tunai kad kredit dengan faedah yang tinggi. Justeru, kemudahan ini dapat mengelakkan mereka daripada terperangkap dengan pinjaman wang haram.

“Pengguna kami terdiri daripada peniaga borong, dan kebanyakan pembekal hanya menerima pembayaran secara tunai. Semasa pandemik COVID-19 melanda, aliran tunai bagi perniagaan borong semakin terjejas. JomSETTLE™ kini membantu pemborong ini untuk membuat pembayaran kepada pembekal melalui kad kredit. Dengan keuntungan yang diperolehi, pemborong dapat melangsaikan bayaran kad kredit sebelum tarikh akhir dan ini memberi kelebihan kepada pemborong membeli bekalan tanpa menggunakan wang simpanan mereka.” tambah Falco Lee.

Selain itu, pengguna Modul ‘Request Payment’ JomSETTLE™ kini dapat memohon pembayaran daripada pelanggan dengan mengunakan kad kredit tanpa memerlukan laman web, gerbang pembayaran atau terminal kad kredit. Solusi Fintech ini dapat memperluaskan kaedah pembayaran kepada perkhidmatan dalam industri Halal seperti Perundingan Pensijilan Halal, Latihan Halal, Logistik Halal, dan pengambilan Eksekutif Halal. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu usahawan dan pemilik perniagaan untuk mendapatkan bayaran dengan lebih pantas dan memperoleh daya saing yang tinggi berbanding mereka yang hanya menerima bayaran tunai sahaja.

JomSETTLE™ adalah platform Fintech pertama yang berganding bahu dengan Halal Development Corporation (HDC) melalui Halal Integrated Platform (HIP) untuk memperkasa, memudahcara dan menyelaras perkembangan Perusahaan Halal Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) ke arah yang menyumbang kepada kemampuan eksport Malaysia dalam Industri Halal. PMKS dapat memanfaatkan kemudahan kredit melalui kad kredit untuk membiayai aktiviti seperti Persijilan Halal dan Perkhidmatan Perundingan, Kursus Pembangunan Halal dan penyediaan bekalan untuk meningkatkan pendapatan perniagaan tanpa melalui kesulitan mendapatkan pinjaman kewangan.

“Pembiayaan dan aliran tunai untuk sebarang sektor perniagaan adalah sangat penting dalam kalangan komuniti PMKS, terutamanya ekonomi semasa. HDC memperkenalkan JomSETTLE™ sebagai platform pembayaran pintar pertama yang ditawarkan kepada ahli HIP dan kami berbangga untuk menjadi agensi pertama yang berkolaborasi dengan JomSETTLE™,” kata En Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif HDC.

“Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk merevolusikan industri halal, kolaborasi dengan JomSETTLE™ bukan sahaja akan memberikan ekosistem yang lestari dan berkesan, tetapi juga memberi galakan kepada pemilik perniagaan untuk meningkatkan kemampuan kewangan untuk berkembang dengan lebih jauh di industri ini” beliau menambah.

Jangan lepaskan peluang ini dan sertai Ekosistem Industri Halal melalui HIP. Sila daftar di https://hip.hdcglobal.com.

source : MalaysiaKini