PROGRAM PEMERKASAAN DAN INTERVENSI USAHAWAN HALAL PMKS

Pengenalan:

Program Pemerkasaan dan Intervensi Usahawan Halal PMKS merupakan inisiatif untuk meningkatkan kapasiti, keupayaan teknikal dan daya saing usahawan Bumiputera dalam sektor Halal, khususnya Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Program ini bertujuan membantu usahawan meningkatkan skala pengeluaran, pematuhan halal serta kesediaan pasaran melalui geran pembiayaan mesin sehingga maksimum RM50,000. Pemilihan peserta dilaksanakan secara bersasar dan kompetetif melalui proses saringan dokumen, sesi pembentangan serta lawatan tapak bagi memastikan hanya usahawan yang berpotensi dan bersedia dipilih menyertai program ini.

Kriteria Permohonan:

  1. Terbuka kepada semua usahawan Malaysia.
  2. Mempunyai lesen perniagaan dan beroperasi dari premis perniagaan yang sah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  3. Syarikat berdaftar di Malaysia dan dimiliki rakyat Malaysia
  4. Pensijilan Halal yang sah atau dalam proses mendapatkan pensijilan Halal
  5. Jenis perniagaan: Pembuatan dan OEM
  6. Jualan tahunan antara RM300,000 hingga RM50 juta
  7. Aktif beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
  8. Bebas daripada kebankrapan

Proses Permohonan & Penerimaan Bantuan :

  1. Permohonan
    • Usahawan menghantar borang permohonan lengkap kepada Halal Development
    Corporation.
  2. Saringan dan Pemilihan
    • Calon yang layak akan disenarai pendek untuk sesi pitching.
    • Usahawan membayar yuran komitmen RM1,000.00 untuk kelayakan ke sesi pitching.
    • Saringan pertama: Sesi pitching kepada panel.
    • Calon yang berjaya akan ke saringan kedua.
    • Saringan kedua: Lawatan tapak ke premis usahawan.
  3. Kelulusan Bantuan
    • Calon yang berjaya akan menerima Letter of Award bagi geran mesin sehingga RM 50,000.
  4. Pelaksanaan
    • Usahawan membeli mesin terlebih dahulu (konsep beli dan tuntut).
    • HDC membuat lawatan pengesahan pemasangan mesin.
  5. Bayaran Balik (Reimbursement)
    • Bayaran balik dibuat secara berperingkat:
  6. Program Pembinaan Kapasiti
    • Usahawan perlu menghadiri program anjuran HDC.
  7. Laporan
    • Usahawan perlu menghantar laporan kemajuan kepada HDC.

Pendaftaran bagi program ini telah dibuka, Daftar sekarang.

Frequently Asked Questions (FAQ)

Program ini dibiayai oleh kerajaan melalui Halal Development Corporation, bertujuan membantu usahawan PMKS meningkatkan kapasiti pengeluaran

Ya, terdapat yuran komitmen sebanyak RM1,000 yang perlu dibayar untuk melayakkan
usahawan menyertai sesi pitching sebagai sebahagian daripada proses saringan program.

Yuran komitmen ini:

  • Akan dipulangkan sekiranya calon tidak berjaya melepasi peringkat saringan kedua
    (lawatan tapak).
  • Tidak akan dipulangkan sekiranya peserta tidak hadir (no-show) atau menarik diri
    semasa proses saringan.

Tidak, program ini menyediakan bantuan dalam bentuk sokongan pembangunan kapasiti melalui bantuan mesin sehingga RM50,000, yang diberikan melalui kaedah “beli dan tuntut” (reimbursement).

Peserta yang berjaya layak menerima bantuan pembiayaan mesin sehingga nilai maksimum RM50,000.

Keutamaan diberikan kepada syarikat yang sudah mempunyai sijil Halal. Walau bagaimanapun, syarikat yang sedang dalam proses permohonan Halal atau syarikat yang belum mempunyai sijil Halal tetapi mengeluarkan produk berasaskan Halal juga layak untuk memohon.

  • Permohonan
  • Saringan Dokumen.
  • Sesi Pembentangan (Pitching).
  • Lawatan Tapak.
  • Kelulusan dan penerimaan bantuan.

Bilangan unit mesin yang boleh dibeli adalah bergantung kepada harga seunit mesin, tertakluk kepada had maksimum peruntukan pembelian sebanyak RM50,000. (tertakluk pada terma dan syarat).